Monday, April 6, 2009

APA ITU VIDEO..

Secara amnya, video merupakan satu siri rangka yang terdiri daripada gambar-gambar dan bunyi yang dimainkan pada kelajuan yang tinggi. Satu rangka mewakili satu gambar yang mempunyai tindakan yang spesifik. Apabila beberapa rangka yang mewakili gambar yang sama tetapi mempunyai tindakan yang sedikit berbeza dihimpunkan bersama-sama dan dimainkan pada masa yang tertentu, maka gambar-gambar tersebut akan memberikan satu kesan pergerakan.


Sejak sekian lama, video telah menjadi satu medium yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat. Baik maklumat yang berbentuk hiburan, ilmiah ataupun fakta sejarah, ianya sentiasa menjadi suatu bahan yang menarik untuk ditonton dan lebih mudah diterima daripada medium-medium lain yang berbentuk pembacaan seperti buku, majalah dan artikel.


Diantara kelebihan yang terdapat melalui penggunaan video adalah kebolehan untuk memudahkan proses pengulang tayangan, meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan kemampuan merangsang pelbagai deria seseorang individu. Penyampaian maklumat melalui video mampu memberi unsur realistik atau keadaan sebenar yang mana secara tidak langsung akan mempengaruhi emosi dan perasaan para pengggunanya dengan lebih berkesan. Dengan ini, motivasi seseorang individu dalam proses penerimaan maklumat akan meningkat melalui penggunaan video.





APA ITU GRAFIK..

Grafik merujuk sebagai sebahagian daripada gambar, gambar foto, ilustrasi dan lukisan yang selalunya diguna pakai untuk memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi dan produk multimedia. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu penyampaian maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Ia juga mampu menambahkan unsur tarikan dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


Elemen grafik merupakan unsur yang sangat mendominasi sesebuah persembahan multimedia. Peribahasa Cina ada menyebut “a picture is worth a thousand words”. Peribahasa tersebut membawa maksud dimana sesebuah cerita yang kompleks dapat diterangkan dengan hanya berdasarkan sekeping gambar ataupun dalam erti kata lain, sekeping gambar lebih berpengaruh atau bernilai daripada himpunan-himpunan perkataan dan teks.



Faktor-faktor yang menentukan kualiti dan juga saiz sesebuah grafik adalah resolusi paparan komputer, saiz imej dan kedalaman warna. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil grafik multimedia yang mampu menarik dan boleh diterima oleh pengguna adalah bergantung kepada kesesuaian konsep, idea-idea kreatif, ilustrasi dan pemilihan warna yang bersesuaian oleh perekanya. Oleh itu, adalah sangat penting bagi seseorang pereka memastikan hasil grafiknya bukan sahaja dapat memuaskan dirinya sendiri tetapi juga perlu bertepatan dengan jangkaan, penerimaan dan kehendak penggunanya.










APA ITU AUDIO..

Pada peringkat awal kemunculan komputer, audio merupakan salah satu media yang sering digunakan bagi berinteraksi dengan pengguna. Namun demikian, pada masa tersebut, hanya kesan audio yang ringkas mampu dihasilkan menerusi sokongan penggunaan pembesar suara dalaman. la biasa digunakan bagi memaklumkan sekiranya berlaku kesilapan dalam program atau selesainya komputer memproses atau menyelesaikan sesuatu tugas yang diarahkan. Namun demikian dengan perkembangan teknologi multimedia khususnya teknologi kad bunyi, sistem komputer mampu merakam dan memainkan pelbagai bentuk bunyi-bunyian. Rentak muzik, lagu, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh dihasil dan digunakan dalam sesebuah sistem mulimedia masa kini.

Penggunaan audio dalam satu sistem multimedia mampu membantu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan (contohnya penggunaan suara latar, muzik atau kesan khas). Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.



Monday, February 16, 2009

TYPEFACE..

FONT : BLACKADDER ITC




FONT : PAPYRUS




FONT: Monotype Corsiva









FONT: Lucida Bright



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,


Jika diri tak seindah SULAIMAN,


Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,


Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,


Tak perlu diri seteguh IBRAHIM,


Jika tak sekuat SARAH,


Mengapa didamba teman seistimewa KHADIJAH,


Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.





FONT: Tempus Sans ITC



Kecantikan wanita
Tidak akan bererti

Tanpa akhlak dan perilaku

yang mulia

Monday, February 9, 2009

CONTOH-CONTOH TEKS..





































































Sunday, February 1, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM ANIMASI

Animasi yang menggunakan bantuan teknologi multimedia merupakan teras untuk merekacipta pelbagai bentuk animasi agar ianya tampil menarik. Sesebuah hasil animasi yang mudah misalnya tidak memerlukan masa yang lama. Namun, animasi komputer yang sering kita tonton di televisyen (TV), yang kebanyakannya berbentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) telah dihasilkan menggunakan stesen kerja yang cukup canggih.

Animasi digunakan dengan meluas untuk memberi kesan yang lebih efektif dalam proses penyampaian berbanding cerita-cerita atau kartun-kartun yang terdapat di dalam sesebuah komik agar sesuatu mesej yang disampaikan dapat di terima oleh pengguna. Kartun-kartun yang ditayangkan akan menjadi lebih menarik dengan adanya gabungan elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Manakala kaedah yang terakhir dalam penghasilan animasi ialah dengan menggunakan transisi dan kesan-kesan khas yang lain seperti 'morphing' untuk mengubahsuai imej-imej dan video yang sedia ada.

Animasi yang dihasilkan berpandukan imej-imej yang dibentuk terlebih dahulu. Sesuatu animasi akan menjadi lebih rumit jika imej yang dihasilkan terlalu kompleks. Penghasilan animasi yang menarik juga bergantung kepada pakej perisian yang digunakan. Antara perisian animasi komputer yang sudah tersohor di pasaran ialah 3DStudio Max, 3Dstudio, LightWave3D, Adobe Photoshop, Adobe Premiere, AliasIWavefront, Animator Studio, Elastic Reality, SoftImage, dan Strata Studio.

Dengan adanya bantuan multimedia, pelbagai imej dapat dihasilkan untuk dijadikan animasi dan dipertontonkan kepada pengguna. Kebanyakkan kartun di kaca-kaca tv memperlihatkan kecanggihan dan kemajuan multimedia dalam penghasilan sesebuah animasi.



My Metro. Ahad 01 Februari 2009

Majalah PC










PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN


Perkembangan teknoloagi multimedia telah menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang untuk belajar, untuk memperoleh informasi, menyesuaikan informasi dan sebagainnya. Multimedia juga menyediakan peluang bagi pendidik untuk mengembangkan teknik pembelajaran sehingga menghasilkan hasil yang kompetitif.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini teknologi informasi dan komunikasi telah banyak digunakan dalam meningkatkan mutu proses pembelajaran selangkah lebih maju seiring dengan kemajuan teknologi. Contoh – contoh perisian ialah seperti, MS OFFICE, MS WINDOWS, MS PROJECT, COREL DRAW dan sebagainya. Di samping perisian – perisian ini, bahasa pengatucaraan juga telah mengalami perkembangan yang pesat.

Di negara ini teknologi multimedia dalam pendidikan semakin mendapat perhatian serius dan kini telah wujud universiti maya. Potensi teknologi multimedia begitu luas sekali dalam bidang pendidikan dan projek ini pun adalah hasil daripada kesedaran tersebut. Satu contoh penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah portal pendidikan Utusan Malaysia yang menyediakan topik – topik pelajaran bagi peringkat UPSR, SPM dan STPM. Laman web ini mempunyai URL ,www.tutor.com.my. Rajah 1.1 menunjukkan hal ini. Disamping pendidikan melalui internet, banyak perisian multimedia yang berkonsepkan pembelajaran dan pengetahuan diterbitkan cara cakera padat seperti ENCARTA’s WORLD ENCYCLOPEDIA dan siri MICROSOFT COMPUTER BASICS.


Saturday, January 10, 2009


Sedikit coretan tentangku untuk tatapan kawan-kawan semua.........

Namaku Nurul Nadjua Binti Mohd Fuzi yang kini berusia hampir 23 tahun pada 17 Gemini tahun ini. Aku menuntut ilmu di UUM dalam jurusan Komunikasi yang kini berada di semester 3 dan menginap di kolej Yayasan Albukhary. Aku berasal dari Pendang, Kedah dan aku juga lepasan diploma Akauntansi dari POLIMAS. Aku juga merupakan anak kedua dari empat adik beradik yang kesemuanya perempuan. Ini kali pertama aku menulis blog dan aku agak kekok kerana belum terbiasa dengan teknologi ini. Aku juga mempunyai Friendster iaitu najuna86@yahoo.com. Hobi aku agak menarik iaitu aku suka berangan sebelum tidur. Cita-cita aku bila habis belajar, aku nak jadi pengarang dan aku juga nak kerja sebagai pegawai bank. Setakat ini dulu coretan masam-masam manis dariku. Wasalam.